16.7.09

Nampak tak telor dia

























Semoga semua berjalan lancar dan selamat. Amin...


.

13.7.09

Keluar perut gergasi masuk mulut buaya

Satu hari. Gua turun belanja dapur di 'GERGASI'. Keluar dari perut 'GERGASI' awek gua ditahan oleh beberapa orang pemuda. Mempromosikan produk jenama arezzo (lihat sini). Gua pun layan sekali duduk bersama laskar-laskar cinta. Mereka memberi penerangan dan memberitahu ada kupon khusus pada hari ini. Sempena promosi dan pembukaan kedai. Harga set dapur elektrik tu lebih kurang RM3k. Dua orang pemuda tu kata, kupon diberi diskaun di antara RM100-RM300. Sambil menunjukkan kad kupon pelanggan-pelanggan yang terdahulu.

Kemudian, gua siat kad kupon tersebut. Gua bagitau kalau dapat RM1k camne? Dia jawab paling tinggi RM300 bang. Nah! Gua dapat RM1k potongan. Terkejut berok mereka. Mereka tidak percaya. Kaunter jadi kecoh. Mereka kata ini silap cetak. Semua staf bertugas datang berkumpul. Mati-mati mengatakan kesilapan cetak berlaku. Mereka jadi panik! Aku biasa saja. Mereka tak senang duduk. Aku biasa saja.

Lantas, pemuda yang satu lagi menelefon manager. Menanyakan akan hal itu. Manager menjawab melalui talian bahawa hal itu adalah benar. Gua dan awek gua antara pelanggan terpilih katanya. Alahai. Girangnya hati kami di kala itu. Tiada siapa yang tahu. Kemudian, mereka memberi 'juice mixer' pula sebagai hadiah percuma. Dua pemuda tadi takut gajinya dipotong. Sehingga kalut begitu. Menurut manager, kad kupon yang bernilai RM1k hanya ada lima keping. Aku dan awek aku antara tiga yang pertama. Oleh sebab tiga yang pertama. Kemudian, mereka menawarkan periuk khas untuk set dapur elektrik itu, buatan German. Dengan syarat menambah wang RM1k & pilih mana-mana produk arezzo sebagai hadiah. Pergh! Wow!

Malam itu, kami habis RM3k dengan membawa pulang 3 barangan bernilai lebih dari RM9k. Hai, entahlah, samada kami diperdaya oleh sindiket jualan atau mata kami menjadi kabur malam itu atau kami terkena dek pukau tak nampak harga. Haha! Anggaplah itu hadiah untuk awek tercinta sudah. Malam itu, MPV kami penuh dengan tiga barangan tersebut. Kepada mereka yang ingin mencuba nasib, silalah ke perut 'GERGASI' Shah Alam untuk produk ini. Sebelum Ultraman datang menyerang.


.

8.7.09

Biasa camnilah

Memandu dari Stockholm City ke Manchester adalah perkara rutin setiap hujung minggu. Itu biasa beb! Perkara yang tak biasa lakukan kemudian dilakukan berulang-kali ia akan menjadi biasa la. kalau kau terperanjat mendenga itu, kau tak biasa dengar. Dan kau tak biasa buat. Kalau kau tak biasa makan budu tumis misalnya. Kau cubalah supaya ia akan menjadi kebiasaan pada diri kau. Begitu juga dengan pengat durian atau pulut durian. Kau makanlah buat biasa. Kalau kau tak biasa sarapan yang berat-berat. Kau cubalah sarapan batu goreng. Batu itu sifatnya berat.

Menjejak kaki ke dalam rumah. Lagi pula yang belum pernah diduduki insan sebelum ini, bukan tak biasa. Tentu kau berasa seram. Member gua kata, dia tidur rumah gua dia terasa kena tindih sepanjang dia tidur. Kami tiba seawal jam empat pagi. Sampai saja di rumah, gua memberi salam. Gua masuk. Member gua pun masuk. Gua ambil wuduk. Member gua ambil bantal terus ke kawasan pembaringan. Manakala gua solat Isyak yang tertangguh. Doa sikit. Bersugi, kemudian baru tidur. Member gua dah lelap. Member gua biasa begitu. Gua tak biasa beb kalau tidur tak gosok gigi dan tak ada wuduk.

Esoknya, member gua memomokkan gua mengatakan rumah yang gua duduk ada makhluk. Gua kata, itu biasa. rumah yang ditinggal lama, memang ada yang mengisi. member gua kata, kau tak takut ke? gua jawab, takut itu sebenarnya, apabila kita semakin takut maka kita sepatutnya makin mendekati dan menghampirinya. Sesungguhnya, di kubur kita juga keseorangan tanpa teman. Maka kita seharusnya takutkan hanya pada Allah.

Memandu dari Stockholm City ke Manchester adalah perkara rutin setiap hujung minggu.


.

3.7.09

Hati

Tiada yang menggembirakan hati ini melainkan pada hari itu, Fiqa menunjukkan sekeping kad berbentuk hati. Tertulis "I Love U Dad". "Happy Father Day". Walaupun tulisan dalam kad itu tak menarik langsung. Comot dan hodoh sedikit. Tapi itulah, apa yang aku dapat rasakan pertalian antara kami semakin kuat dan utuh. Jalinan murni tersemai di situ. Semoga ada kebahagiaan terbina untuk kami sekeluarga. Amin. Terima kasih Fiqa...


.

2.7.09

Mempersembahkan




Mendapat jemputan membuat persembahan vokal di sana-sini. Bukanlah sesuatu yang asing bagi saya. Lebih-lebih lagi di tanah air sendiri. Tanah air yang patut kita semua cintai. Bukan saya mahu riak. Jauh sekali takbur. Lagi jauh mahu bongkak. Tapi itulah hakikat. Dengan bakat dan anugerah vokal yang dikurniakan Ilahi kepada saya, insyaAllah saya boleh pergi jauh. Fewwwiittt...! Pakej pun dah lengkap. Ada apa mereka kisah?

Negara-negara luar juga menghubungi saya untuk persembahan selingan majlis-majlis berkhatan misalnya. Majlis perasmian. Majlis suai-kenal dan pelbagai majlis yang tidak dapat disebutkan di sini. Amerika misalnya, meminta saya untuk persembahan sempena majlis pelancaran peluru berpandu G157CH. Tapi saya tolak mentah-mentah. Iran juga misalnya memohon untuk saya membuat persembahan sempena majlis khatam al-Quran. Juga saya tolak mentah-mentah. Kerana kurang sesuai bagi saya. Majlis begitu rupa diisi dengan persembahan ala-ala dunia penuh glemer.

Di dunia yang fana ini. Jika menyimpan bakat terpendam yang kita ada. Orang tidak akan tahu sampai bila-bila, siapa kita. Dan tak mahu ambil tahu langsung tentang kita. Maka, kita perlu keluarkan bakat yang kita ada. Yang penting keluarkan dulu. Soal ok ke tak ok ke. Itu soal nombor dua puluh sembilan. Bukankah bakat itu satu anugerah Tuhan. Jika bakat kita dipersenda, maknanya orang mempersenda anugerah Tuhan. Itu saja.

Mendapat jemputan membuat persembahan vokal di sana-sini. Bukanlah sesuatu yang asing bagi saya. Lebih-lebih lagi di tanah air sendiri. Tanah air yang patut kita semua cintai.


.

25.6.09

Tampak hadapan


Kita jangan sekali-kali merungut. Walaupun kita makan telur setiap hari. Hari ini telur rebus. Esok telur pindang. Kemudian, telur mata kerbau. Kemudian, telur bungkus. Lepas tu telur masak sambal. Telur masak taucu. Telur masak kicap. Segala bagai telur dah habis kita rasa. Walhal kita sendiri tau bahawa kita punya telur! Satu hari, saya mengikuti kursus latihan yang menguji kekentalan fizikal dan mental di Hutan Amazon, Brazil. Menu utamanya adalah nasi putih, ulam-ulaman, terung dan kuih pau. Begitulah hari-hari menu bersilih ganti ditukar cara masakannya saja. Sebagai contoh, hari ini kuih pau kaler putih. Esok kuih pau kaler coklat. Paling saya suka kuih pau kaler merah jambu. Nampak lain sangat! Begitu juga dengan terung. Peserta kursus tak tahan melihat terung yang bengkok.


.

15.5.09

Subversif




















Ruangan ini dibiarkan kosong dengan sengaja


.

12.5.09

Bingkisan doa

Tiada sambutan bukan bererti luput di ingatan. Sebelum pulang ke lubuk. Kembali untuk menjalankan tugas duniawi, aku sempat bersama dengan emak tercinta. Kebetulan pada hari kejadian, aku berada di sana. Sempena kenduri arwah bapak untuk hari yang ke-100. Al-Fatihah...

Emak memang seorang yang tabah dalam menghadapi ranjau onak duri perjalanan hidup. Segala cabaran dan rintangan emak hadapi dengan sikapnya yang berani, tegas dan penyabar. Sifat-sifat itu juga diwarisi oleh anak-anaknya. Khususnya aku sendiri. Haha! Kalau tidak seratus peratus, paling kurang pun 0.01 peratus.

Ya, emak dah buktikan segalanya. Dulu, emak merantau. Dari satu wilayah ke wilayah yang lain. Sehelai sepinggang. Sedikit demi sedikit emak membina hidup. Bermula dengan bekerja sebagai pembantu rumah, bekerja di restoran sebagai pencuci pinggan, mengambil upah membasuh baju. Menjaja kuih-muih dan nasi lemak. Menjual kain, cadar dan permaidani. Berniaga sendiri dengan modal awal lima puluh ringgit sahaja. Buka kedai runcit di rumah kecil-kecilan. Sudahnya, emak pandai pusing modal, lambat laun perniagaan semakin maju. Ada jual beras, gula, tepung, bawang, ikan, sayur, biskut, susu dan macam-macam lagi.

Dari tahun ke tahun emak mengumpul modal, menjalankan perniagaan. Bayangkan, emak dan arwah bapak boleh membeli rumah secara tunai. Pandai emak menabung. Emak dan arwah bapak boleh mengerjakan haji. Betapa hebatnya mereka. Mereka juga menyekolahkan dan memberi pendidikan kepada ke enam-enam anak mereka. Ya, emak dan arwah bapak memang hebat!

Selamat hari ibu kepada emak kandung Puan Hjh. Hindun Hj. Mimfari & emak mertua Puan Maznah Sarjo. Juga ibu kepada dua puteri tercinta Fiqa dan Fifa. Mahani Mohamad Yahya. Kepada penama-penama di atas, sila semak emel kalian.


.

8.5.09

Kau nampak halangan berpanjangan itu bertukar menjadi peluang bertimbunan. Baru cakap tak guna!

Gua bukan tak ada pasang niat nak jadi pekerja yang berhemah. Bersih, cekap dan amanah (BCA). Semenjak gua menceburkan diri dalam dunia pekerjaan, memang gua dah set dalam minda kepala hotak gua, bahawa gua akan melakukan yang terbaik. Sebab itu kalau tengok hasil kerja gua sangat boombastic. Serius! Bukan gua masuk bakul. Tapi gua tengah berdiri depan cermin ni.

Oleh itu, sejak gua dihantar bertugas di Scotland ni, niat dan cita-cita gua nak jadi pegawai yang berintegriti mempunyai banyak halangannya. Kau bukan tak tahu jarak Scotland dengan Malaya itu jauh nak mampos! Highway pun bukan ada sangat. Lebih-lebih Scotland mengamalkan dasar Liberal. Banyak halangan yang gua kena tempuhi. Kena kalau musim sejuk, lagi la.. Kabur halangan pandangan mata. Bukit sana, bukit sini. Busut sana. Busut sini. Kalau boleh gua nak tolong organisasi gua melonjak dari dua bintang menjadi tiga setidak-tidaknya. paling kodi, dua setengah. Macamana nak capai, pelan strategik pun takde. Lagu mana...

Bukan kau tak tahu, gua suka karipap sardin. Kat Scotland susah bai nak cari karipap sardin. Nasi berlauk, nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak dan sup belut ada la... Kalau nak pun karipap tu kena buat sendiri. Itu yang utama. Nak cari jus epal susu pun payah. Teh O Beng banyak la. Haha!

Dua. Gua belum boleh menerima kejutan budaya di Scotland. Walaupun gua pernah melawat Lakum City, Poland untuk jangka waktu yang lama. Tapi, masa di Poland gua tak mati kutu bai. Di Scotland gua jadi mati kutu. Tak tahu kenapa. Pagi gua pergi kerja. Petang gua balik kerja. Seolah-olah kosong. Takdelah gua nak kerja lebih masa. Di pejabat pun bukan ada kerja yang melambak-lambak. Sign, cop, mesyuarat, kursus, bersukan. Buat apa kalau gua datang melangok dan tidur di pejabat. Itu pekerja tak guna namanya! Jadi, untuk mengelakkan ketakgunaan gua supaya tidak dipanggil 'tak guna!'. Apa yang gua buat tak payahlah nak high expectation terhadap kerja yang gua buat. Nanti gua sendiri yang tertekan. Buat mengikut rentak dan acuannya sekarang je. Gua dah bilang dengan Tukang Jaga Tanah, mesyuarat kena buat dua kali dalam sebulan. Masalahnya, beliau terlalu sibuk urusan duniawi. Dan taikh mesyuarat akan dimaklumkan oleh beliau sendiri sekiranya beliau tiada kelas mengaji dan kelas fardhu ain. Lagi satu, urusan saman menyaman pemilik tanah atau premis bukan tugas gua.

Tiga. Memanglah orang boleh cakap kau lakukan perkhidmatan yang cemerlang. Tapi, bila sekeliling kita biasa-biasa aje. Maka, kita pun jadi biasa la. Sebab tu kalau kita nak pandai berniaga kena kawan orang yang otaknya bisnes. Kena jenis gua pulak memamg gua layang. Kalau tipu kiri gua ke kirilah. Kalau kita kawan dengan orang yang kaki bola. Lama-lama kita juga akan mengikut minat yang sama. Tapi, gua kawan dengan mat-mat rempit. Gua tak pakai motor pun. Pokok pangkalnya hati. Jadi macam ikan di laut. Sekelilingnya masin, tapi dia tak masin pun. Point gua kat sini, fikiran gua di Scotland bai. Hati gua di Malaya. Tak berapa nak fokus.

Empat. Bercakap soal hati. Hati gua sekarang untuk keluarga gua. Jiwa jadi kacau bai bila awek tak duduk sekali dengan kita. Lebih-lebih lagi awek ada isi. Tak lama lagi nak meletup. Bukan gua tak mau angkut diorang pindah. Tapi, kau pun tahu kan. Nanti anak-anak gua yang bersekolah jadi trauma beb. Kejutan bagi dia dari segala segi. Masuk sekolah baru dan persekitaran baru. Di Scotland bukan ada apa pun. Lagipun keluarga gua belum bersedia membina hidup di Scotland. Nak cari Hypermarket pun payah. Haha!

Lima. Gua ikut spek dan stended organisasi gua di sini. Kalau oragnisasi kau dua butir star. Dan kategori empat. Unit dalaman pun porak-peranda. Kau nak harapkan pegawai yang mantap menjaganya. Tak payahlah. Tak macam pinang dibelah dua beb! Gua jadi downgrade dan sedikit demoralize sebab duduk di organisasi yang disebutkan seperti ciri di atas. Bukan gua fikir gua bagus. Cuma, minda yang hebat akan membentuk tindakan yang hebat. Ada Menteri Besar duduk rumah kayu je, boleh pun. Itu ada faktor lain pulak. Kita tak boleh mengandaikan faktor lain tidak berubah (ceteris peribus). Sebab itu doktor pakar tulang tak duduk kat farmasi kodi cap kaki tiga. Selaras dengan kepakarannya lah. Jadi, ada siapa kisah benda ni! KP pun tak kisah hal ini. Gua pun buat-buat tak kisahlah. Gua peduli apa, gua kan bos! Hahaha!

P/s : Kepada T.A dan P.T gua. Terima kasih kerana memahami situasi. Bereh! Roh gua ada di opis. Gua buat kerja di pondok buruk yang ada jalur lebat yang mantap.



.

29.4.09

Pemanok


Kau bukan kisah pun. Dari Labok, Scotland gua merantau ke Pemanok, Bulgaria. Apa kau kisah?! Tapi, bila di Pemanok, ada orang kisah. Gua bukan kisah sangat pun... Pasal hubungan pemilik tanah dan pemohon tanah. Mereka adik-beradik ke, pasangan baru bertunang ke, pasangan sudah bertunang ke, pasangan kelamin ke, pasangan bahagia ke, pasangan bakal bercerai ke, pasangan yang kurang kasih sayang ke. Gua tak kisah tu semua! Ada kau kisah!

Tugas gua di sini hanya untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan yang menuruti kehendak-kehendak keperluan agensi teknikal. Ikut senarai semak, straight forward kan. Berbalik kepada maudhuk asal. Hey hey hey, takkanlah pulak gua nak mintak sesalinan sijil nikah daripada mereka. hanya untuk membuktikan mereka ini mempunyai hubungan dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Tak ke gua dah overule tugas Pejabat Qadi kawasan Pemanok, Bulgaria. Kalau mereka lantik gua jadi sub-Qadi takpe la.

Tapi sini lain bai, Pejabat Qadi tak ambil kisah pun. Sebab bos besar Pejabat Tanah boleh merangkap jadi Qadi. Sebab, gua dengar dia alim dan kuat sembahyang punya orang. Manakan tidak, di atas dahinya ada dua tompok kehitaman. Ok, gua bagi contoh permasalahan tadi. Kalau orang tempatan nak membangunkan rumah kediaman satu tingkat misalnya. Dan didapati nama pemohon tidak sama dengan nama pemilik tanah. Atau menggunakan nama yang lain. Power of Attorney (P.A) sini tak laku bai. Apa barang pakai P.A tanpa certified copy. Sama taraf dengan kertas kajang taruk bedak bagi kat awek bai. La ni, kena pakai sijil nikah, surat beranak atau surat yang mengesahkan hubungan mereka. Nampak mudah tapi melucukan. Kau patut ketawa bai. Itu pulak yang dikisah! Habis hubungan mereka di dalam organisasi tak pulak dikisahkan. Sama ada retak ke, intim ke, lagu mana ke. Iyala, kadang-kadang kita pecah kepala memikir masalah orang. Tapi sebenarnya, cerminan dari masalah itu kita tangkis dari pemikiran kita.

Katalah, kau pemilik tanah. Dan kau berjawatan Dato' atau ada memegang portfolio Jaksa Pendamai (J.P). Kemudian, kau kerah orang lain atau syarikat bertindak sebagai pemohon pemajuan tanah. Apa yang berlaku, J.P (iaitu kau sendiri) mengeluarkan satu surat mengesahkan untuk diri kau sendiri. Dengan kepala surat J.P, lalu memberi kebenaran ke atas pemohon untuk membangunkan tanah kau. Hoi! Undang-undang mana kau ikut. Di Pekan Panyit, Sri Lanka pun tak pakai undang-undang begini. Aduyai... Ini bolehlah kalau nak kisah. Tapi gua bukan kisah pun.

Dalam urusan-urusan yang melibatkan hierarki yang ketiga dalam sebuah kerajaan. Gua lebih suka mengikut timbangrasa dan budi bicara. Pendek kata ada rundingcara. Undang-undang dan peraturan sebagai panduan kita sahaja. Pertimbangan akhir sudahnya di tangan kita. Dan membuat keputusan dengan kebijaksanaan akal yang waras itulah yang utama. Kebolehlenturan ini lebih menjamin berbanding kerigidan mengikut buku. Apa kau nak kisah, setelah kau keluarkan lesen perniagaan. Peniaga perlu berniaga tepung dengan harga sekian-sekian. Beras Siam dimestikan cap naga. Pisang goreng mesti terbaik dari ladang. Mampos! Sedang tugas hakiki kau hanya untuk mengeluarkan lesen.

Kemudian, mana-mana pemaju kau syaratkan pula untuk meminta lesen pemaju darinya. Jika tidak, kelulusan tidak diberi. Tak semestinya mereka hantar permohonan mereka buat esok pemajuan itu. Ya, betul kau lihat individu itu ada potensi menjadi pemaju. Kau boleh baca tren pemajuannya yang berdikit-dikit. Tapi, meminta lesen pemaju bukan task kau. Serahkan pada pemantauan di bahagian atasan. Biar mereka turun padang buat semakan. Kemudian, kau buat kenyataan pulak kenapa kebanyakan kumpulan nasyid tanahair suka benar menggunapakai ejaan Bahasa Inggeris. Nampak sangat keinggerisan. Kau bagi contoh Nowseeheart, D'hearty, Far East, In Team, U.N.I.C, Brothers dan sebagainya. Mampos! Alamat tak berkembang dunia nasyid global. Tapi, ada kau kisah penyanyi rock dikatakan penyanyi yang masuk syurga? Sebab ketulusan dan keluhuran hatinya. Ok, ok, ok... Ada kau kisah, hubungan suami-isteri, ayah-anak dihalang oleh ketinggian Genting Highlands? Kau bukan kisah pun. Gua nak main bola.



.